Surat Untuk Rosmah Mansur (RM)!!!

Aku terbaca surat ni masa meyelam kat FB tadi. Surat ini mungkin dah lama & dikongsi oelh seorang teman opis aku. Walaupun lama, tapi surat ini amat bagus & sesuai untuk orang ditujukannya. Kalau terus begini, alamat, BANGKRAP la Malaysia nie. Aku malas nak menaip, aku copycat jer surat ni. Kredit kepada penulis dia la :)

 

Layann ekk~

 

Surat buat datin seri rosmah mansor dari seorang pelajar ! Wajib baca !

Assalamualaikum Datin Seri.

Saya Muhammad Muizzudin bin Zaini
Julai 2011 lalu, genaplah usia saya 19 tahun.

Saya perkenalkan diri, sebagai remaja yang ingin tahu. Apa jua medium yang termampu saya pergunakan, saya usahakan sebaiknya agar saya dapat mengikuti perkembangan semasa, khususnya berkenaan negara Malaysia yang tercinta ini.

Iya, Datin Seri. Umur saya, sangat muda. Kedudukan saya, jauh benarlah kiranya dibandingkan dengan Datin Seri. Namun, saya yakin dan percaya, andai umurlah yang menjadi penentu kelayakan seseorang untuk bersuara, tidaklah layak sama sekali untuk suami Datin Seri memegang amanah pentadbiran negara sekarang, kerana di luar sana terdapat ramai yang lebih tua usianya!

Tegas saya, saya adalah remaja yang memerhati. Saya tidak mahu, sekadar menjadi manusia yang kerjanya memuaskan tembolok sendiri. Tidak juga hanya terpaku di bilik darjah, ‘menelan’ buku teks sekolah. Saya percaya, erti hidup pada memberi!

Datin Seri Rosmah Mansor yang saya hormati,
Saya pohon jutaan kemaafan, andai surat kecil ini menyinggung Datin Seri. Saya tidak berniat untuk menyakiti hati Datin Seri, jauh sekali memburuk-burukkan. Surat kecil ini, hanyalah usaha kerdil saya, menyampaikan isi hati. Ia hanyalah suara hati dan pandangan seorang anak muda.
KASIH SAYANG KEPADA RAKYAT

Datin Seri,
Pernah suatu pagi, saya dibawa ibu untuk menziarahi jenazah anak tunggal seorang jiran kami. Kanak-kanak kecil itu, baru berusia 6 tahun. Khairani namanya. Runtun rasa di hati, sebaik melihat keadaan rumah tempat tinggalnya kanak-kanak itu bersama ibunya. Saya cuba membayangkan, bagaimanalah andainya hujan lebat menimpa bumbung rumah itu. Atapnya berlubang-lubang, hinggakan saya fikir memadai dengan cahaya matahari yang ‘mencuri’ masuk melaluinya untuk menyinari ruang dalam rumah daif itu. Saya terpaksa melangkah berhati-hati, kerana lantainya berkeriut dan goyah sekali.

Hadir insaf dan syukur di dalam hati saya, bahawa betapa saya memiliki hidup yang jauh lebih baik dan selesa berbanding ramai lagi rakyat kebanyakan.

Di sekolah, saya punyai rakan-rakan yang sulit sekali melangsaikan yuran bulanan asrama. Bukan culas, bukan malas, tetapi kesempitan hidup menyukarkan mereka. Adik-beradik ramai yang masih bersekolah, ditambah taraf hidup dan kos keperluan yang kian meningkat dari sehari ke sehari, semuanya membebankan!

Datin Seri,
Sungguh saya tidak mampu mengelakkan rasa kecewa, apabila mengetahui yang Datin Seri bermalam di sebuah hotel di Dubai dengan kos melebihi RM100, 000 semalaman. Sehingga ke hari ini, saya masih teringatkan rumah daif adik Khairani, juga nasib ramai lagi yang saya temui sepanjang umur ini. Saya tahu, betapa besarnya urusan Datin Seri, juga kedudukan Datin Seri. Mungkin memang Datin Seri berhak, tetapi, apakah Datin Seri langsung tidak teringatkan kami, rakyat yang kesusahan? Apakah Datin Seri langsung tidak terfikirkan nasib ratusan, ribuan lagi rakyat yang tidak bernasib baik?

Apakah tiada langsung rasa bersalah di hati Datin Seri? Rasa bersalah kerana tinggal hanya untuk semalaman tetapi dengan kos yang boleh menyamai lebih kurang pendapatan selama 66 bulan bagi 40 peratus rakyat Malaysia! 40 peratus inilah rakyat yang pendapatan bulanan bagi setiap keluarga adalah lebih rendah daripada RM1500 sebulan. Bahkan setiap 3 daripada 4 keluarga ini, adalah sebangsa dengan Datin Seri, bangsa MELAYU!

Atau apakah Datin Seri tidur dengan lena malam itu?

Hingga hari ini, sudah bertahun saya tidak ke restoran Pizza Hut, McDonald dan seumpamanya. Kerana cukup dengan hanya melihat dari jauh, hadir rasa pilu mengenangkan saudara-saudara seagama, anak-anak muda seusia saya atau kanak-kanak, wanita dan orang tua yang dibunuh kejam di Palestin oleh rejim zalim Israel hasil sumbangan restoran-restoran ini.

Ia dipanggil, kasih sayang Datin Seri. Maafkan saya, tetapi saya terpaksa bertanya, apakah tiada langsung walau secebis pun rasa kasihan kepada rakyat Malaysia yang hidup serba kesusahan? Rakyat yang terpaksa melupakan impian dan keinginan kerana kesempitan hidup, namun terpaksa pula menanggung kos penginapan Datin Seri dan rombongan di luar negara untuk hanya semalaman!? Bayangkan pula kos penerbangan untuk keseluruhan rombongan selain daripada penginapan!

Peningkatan kos sara hidup waktu ini, sangatlah membebankan. Suami Datin Seri berterusan meminta seluruh rakyat berjimat, sedangkan isterinya? Hasil tindakan kerajaan pimpinan suami Datin Seri, mengurangkan subsidi untuk rakyat terbanyak sedangkan untuk para taukeh-taukeh besar dikekalkan, juga ‘penyelarasan-penyelarasan’ harga, teramatlah menyulitkan kami semua.

Sungguh Datin Seri, kami sangat terbeban meskipun harga petrol dinaikkan walau beberapa sen. Ia akan mempengaruhi seluruh kehidupan kami. Harga makanan, pakaian, kos pengangkutan dan semuanya akan semakin menyulitkan kami. Saban hari, saya melihat ibu mengeluh kerana gajinya sukar sekali untuk disimpan, ia sekadar mencukupi untuk setiap bulan.

Kami rakyat tidak meminta Datin Seri turut menaiki kereta biasa atau tinggal di rumah biasa seperti kami. Hanya yang kami rakyat pinta, supaya Datin Seri dan suami menyelami hakikat kesukaran yang terpaksa kami tempuhi.

Malangnya, tindakan Datin Seri berbelanja mewah begini adalah sama sekali tidak menggambarkan Datin Seri dan suami bersama-sama kami. Sungguh, ini amat mengecewakan saya. Sukar sekali untuk saya mewajarkannya. Maafkan saya Datin Seri, sungguh ia tidak dapat saya terima.

Datin Seri yang saya hormati,
Tiadalah yang lebih mengecewakan dan membangkitkan kemarahan, melainkan ketika melihat Datin Seri dan suami di Festival Fesyen Islam Monaco. Bagaimana tidak, pakaian yang diperagakan langsung tidak menggambarkan Islam! Langsung tidak menutup aurat, menampakkan bahagian-bahagian yang sepatutnya sulit dan yang paling dahsyatnya, nama RasuluLlah SAW yang mulia tertera pada pakaian yang tidak menutup aurat!

Apakah Datin Seri tidak menyedari, bagaimana kemarahan yang telah Datin Seri cetuskan? Nama RasuluLlah SAW yang mulia dihina sebegitu rupa! Namanya cukup mulia, hinggakan apabila disebut namanya, dikira manusia yang paling kikir sekiranya tidak dipanjangkan nama itu dengan selawat ke atasnya. Tiba-tiba, nama itu dihina sebegitu rupa! Bahkan, Datin Seri yang menghadapi teguran, kritikan, kecaman dan tunjuk rasa langsung tidak memohon maaf. Langsung tidak!

Sedangkan para Ulama’ masih berbahas, bagaimana cara paling baik untuk mengagungkan Manusia Mulia ini, tiba-tiba Datin Seri kelihatan meredhai perbuatan yang jelas MENGHINA Baginda Nabi SAW!

Sebenarnya, Datin Seri sudah dari awal menunjukkan kecekalan Datin Seri melanggar syariat Allah. Datin Seri tidak menutup aurat, bersentuhan, berlaga pipi dan berpelukan dengan lelaki bukan mahram yang disepakati sekalian Ulama’ sebagai perbuatan yang HARAM!

Menyentuh anjing atau khinzir, hukumnya juga Haram. Namun, hilang kotornya dengan perbuatan menyamak. Malangnya, tiada apa yang mampu ‘membersihkan’ haram dan kotornya nya menyentuh lelaki ajnabi kecuali
API NERAKA!

Lalu, dengan semua perlakuan Datin Seri, apakah mungkin Datin Seri fikir kami rakyat akan menerima dakwaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kerajaan pimpinannya berusaha keras berjuang demi Islam dan bangsa. Sedangkan isterinya sendiri, tidak memelihara Akhlak dan Syariat Islam, juga adab-adab kesantunan Melayu malahan!

RAKYAT MENGIKUTI PEMIMPIN MEREKA
Kata ahli hikmah, “Agama manusia itu, di atas Pemimpin mereka”. Tinggi sahsiahnya, baik akhlaknya, ikhlas hatinya, patuh dan taat kepada Allah, maka begitulah jua rakyatnya. Rakyat akan terpengaruh dengan ketua mereka.
Malaysia hari ini, dalam keadaan yang benar-benar dahsyat bagi saya. Setiap masa perlu di dalam keadaan berjaga-jaga, kerana penjenayah menunggu kita alpa. Gerun saya melihatkan kanak-kanak yang bermain sendirian di halaman rumah, bimbang kalau-kalau ada manusia busuk hati yang berniat jahat kerana jenayah hari ini langsung tidak mengenal beza usia!

Budaya Hedonisme melampau. Nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan. Remaja Melayu Muslim tidak segan silu memakai pakaian yang jauh menyimpang daripada Islam dan adab Melayu. Tidak kekok mengogok arak di pesta-pesta jamuan nafsu. Saban hari ada sahaja kes bunuh bayi lewat pergaulan tanpa batas! Hari ini, remaja mati dengan sia-sia. Samada mati dalam ketagihan najis dadah, atau kemalangan dalam perlumbaan haram!

Bahkan seribu satu lagi, penyakit-penyakit sosial yang sedang membarah, membusuk di dalam negara tercinta!
Bukanlah saya menuding jari kepada Datin Seri dan suami, saya akui malahan, bahawa Datin Seri kelihatan cuba berusaha sedikit sebanyak bagi menangani masalah-masalah ini. Namun, hakikatnya, keadaan rakyat sesuai dengan keadaan pemimpinnya!

Manusia yang jelas disabitkan kesalahan rasuah, diangkat menjadi pemimpin! Manakala pemimpin lain yang mengkritik tindakan ini, di arah supaya tutup mulut dan diambil tindakan! Apa sudah jadi pada negara!? Sedangkan Nabi SAW bersabda, “Apabila amanah diberikan kepada BUKAN ahlinya, maka tunggulah KEHANCURAN!”

Pemimpin negara tidak memelihara adab pergaulan Islam, tidak memelihara batas aurat, berbelanja boros tanpa timbang rasa kepada rakyat, justeru, bagaimana mungkin kita mengharapkan yang baik-baik daripada rakyat?

Saya gerun melihat perkembangan ini, Datin Seri. Hari ini, kita mengeluh kerana ramainya anak-anak luar nikah yang didaftarkan. Bayangkanlah, apa yang mungkin kita keluhkan 5 atau 10 tahun akan datang!

Antara sifat agama kita, INQILABIYYAH Datin Seri. Ertinya, adil dan zalim mustahil begerak seiring. Kebenaran dan kebatilan sama sekali tidak akan bercampur. Syariat Islam dan yang bercanggah dengannya, pasti tidak akan ditemui titik temu antara keduanya. Justeru, Datin Seri berusahalah sehebat manapun untuk memperbaiki masalah sosial, gejala buang bayi dan sebagainya, selagi suami dan kerajaan Datin Seri terus mengesampingkan hukum Allah, dasar Allah, syariat Allah, maka Datin Seri tidak akan BERJAYA! Berani saya kata!

Bagaimana tidak? Datin Seri berusaha mengelakkan masalah bunuh bayi yang kita semua maklum ia bermula daripada pergaulan bebas, sedangkan hub hiburan malam, lesen judi dan konsert-konsert mega sebenarnya adalah penyumbang besar kepada masalah ini! Kerajaan pimpinan suami Datin Seri, umpama membina dan meruntuhkannya semula. Bina dan runtuh, kemudian bina dan runtuhkan lagi. Itulah kitarannya.

KUASADatin Seri ke luar negara untuk bertemu pemimpin negara luar, pernah juga Datin Seri menyambut kehadiran Perdana Menteri luar negara ke Malaysia, dana RM111 juta untuk PERMATA, pertemuan First Lady dan liputan-liputan meluas setiap aktiviti Datin Seri di media dalam dan luar negara, itu bagi saya menunjukkan yang Datin Seri seolah-olah punya kuasa di dalam pentadbiran negara.

Justeru, sebagai anak muda yang penuh persoalan di minda, saya bertanya dengan baik, bagaimana ini semua berlaku? Sedangkan, kami rakyat tidak pernah melantik Datin Seri sebagai pemimpin negara. Suami Datin Seri yang memimpin kerajaan yang telah dipilih rakyat melalui proses Pilihan Raya! Atau apakah dengan hanya menjadi isteri kepadanya, menjadikan Datin Seri turut berkuasa?

Datin Seri pasti tahu, berkenaan kebangkitan rakyat yang menyemarak di Timur Tengah. Kerajaan yang tidak bertimbang rasa diterjah dan dihalau rakyat! Antara isunya ialah bagaimana berkuasa dan kaya rayanya isteri kepada pemimpin-pemimpin yang telah tumbang itu.

Saya cintakan negara saya. Tidak sanggup saya melihat negara porak peranda, namun, kiranya Datin Seri berterusan mengikut jejak langkah isteri-isteri pemimpin yang tumbang itu, maka mungkin Datin Seri dan suami boleh menerima nasib yang sama. Kami rakyat semakin tidak tertanggung lagi dengan tekanan-tekanan kewangan dan keperluan hidup sekarang!

Datin Seri,
Surat ini bukanlah ancaman, bukan juga ugutan. Ia sekadar luahan rasa, nasihat dan pandangan yang cuba seorang anak muda sampaikan. Ingin benar saya ingatkan, kedudukan yang Datin Seri nikmati hari ini, adalah kerana rakyat memilih suami Datin Seri. Kuasa di tangan kami, untuk menentukan jatuh dan bangunnya Datin Seri dan suami. Dan sebenarnya, kami rakyat hanyalah ‘jalan’ bagi Allah untuk mengatur ketentuan ini, Allah jualah yang meletakkan kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Justeru, berbaiklah dengan kami. Patuhilah suruhan Allah. Kami tidak pinta lebih, sekadar bertimbang-rasa untuk kami.

Datin Seri yang dihormati,
Surat ini mungkin sampai ke tangan Datin Seri. Mungkin sampai sendiri, atau terhenti di tangan pembantu-pembantu Datin Seri atau tidak mampu hampir sama sekali. Kiranya ia selamat sampai ke tangan Datin Seri, saya pohon maaf, kalaulah surat kecil saya ini mengguris rasa Datin Seri. Maafkan saya, kalau ia kerana kesilapan-kesilapan bahasa dan cara penulisan. Namun, andainya Datin Seri terasa hati kerana menerima teguran, tidak akan saya pohon maaf untuk itu! Teguran ini adalah benar, justeru tiada apa yang perlu saya risaukan dengan kebenaran. Ia pasti menang dan tertegak!

p/s:aku copy jer..sumber ni betul ke tidak entah ler…
sumber:
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?threadid=307244

Leave a Comment

Filed under Politik

Belajar @ berhentilah cikgu!

guru dulu-dulu

guru dulu-dulu

Sedih.
Memalukan.
Cikgu jadikan fb medium luahkan perasaan marah pada pelajar.
Tolongla cikgu, kalau tak larat nk mengajar,
tak sanggup nak mendidik,
Tak mampu nak membimbing,
Berhenti la.

Ramai lagi yang ada jiwa besar untuk mendidik anak bangsa kat luar sana.
Jangan jatuhkan maruah dengan membebelkan masalah pelajar dalam fb.
Sepatutnya dibebel pada pelajar.
Mana ilmu yang dibelajar dimaktab & UNIV dulu?.
Ke memang pensyarah ajar semua bakal guru,
Luahkan kemarahan pada pelajar melalui fb?.

Aku taknak anak-anak aku dididik oleh guru sebegini.
Sebab guru aku dulu, tak pernah sebegini.
Guru aku dulu hebat,
Mengajar & menegur dengan hikmah.
Sabar dengan setiap karenah pelajar termasuk kau,
Yang kini riak mahu gelaran guru.

Tapi rasanya kau tak mampu menanggung gelaran guru.
Kalau rasa terlalu berat tugas mendidik, berhenti.
Kalau sekadar mengharap jawatan tetap dengan gaji besar, berhentila.

Kalau kau masih ada niat nak mengajar,
Belajarlah jadi CIKGU.
Bukan sekadar atas nama @ gelaran.
Belajar memahami erti tugas seorang GURU.
Sebab berpuluh ribu anak bangsa menanti untuk dibentuk, dibimbing, diasuh penuh hikmah dengan sekelumit ilmu yang kau miliki.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Leave a Comment

Filed under Nukilan Hati

Nasihat Buat Teman~

Kadang-kadang tengok manusia ni macam hebat sangat. Bercerita pong pang, tinggi melangit. Kalau antara kawan2, ko la yang kononnya paling hebat. Tapi hakikatnya, ko ni tak ubah macam melukut ditepi gantang, hidup atas belas ihsan orang.

Biasala, orang yang hidup atas lendir orang ni memang bijak bila dibelakang. Ko la singa, raja binatang dari hutan kononnya! Tapi bila depan orang yang beri lendir untuk ko terus ada benda untuk makan, ko cuma kucing tua yang dah tak bergigi!!

Sudah la kawan, umur dh meningkat, cuba jadi ketua. Larang yang salah. Kau ada hak, jangan jadi DAYUS! 1 dunia tau!

Posted with WordPress for BlackBerry.

Leave a Comment

Filed under RenUngAn

Tips Tentang Lelaki

Aku malas nak buang post jiwang-jiwang ni. Tapi memandangkan berkongsi ilmu tu dituntut dalam Islam dan aku taknak gelaran yang dibagi dek cikgu Pengajian Am aku dulu terus kekal, aku buat jugak artikel ni. Semua nie hasil dari pengalaman dan ada yang aku ceduk dari internet. Sumber asli tak dapat dipastikan, so tak payah la blogger picisan yang gatal nak mengaku tips ni tulisan asal korang, sebab korang pun copy paste!! hahaha~ Korang baca jerla ek.

1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.
3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita. (common sense la, semua lelaki macam nie)
4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang. (macam aku)
5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut. (for sure he will)
6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita. (common sense la, semua lelaki macam nie)
8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.
10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius. (kena ambik perhatian, kalau dia berat nak jumpa mak bapak, something wrong somewhere, tapi tak payah la jumpa selalu..kang orang tua tue meluat pulak..hehe)
11. Lelaki juga akan menangis. (macho pe nangis? Manusia biasa beb)
12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan. (take note girls, jangan buat!)
14. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.
16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
17. Lelaki amat sayang ibu mereka. (benda ni JANGAN DIPERSOALKAN!!)
18. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.
19. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.
20. Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.
21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
22. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
23. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki. (ABSOLUTELY, kalau tak, check lelaki tue ader bape ramai awek selain anda..hahaha)
24. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
25. Lelaki lebih banyak berfikir. (for me, YES )
26. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.

27. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.
28. Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
29. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
30. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka. (for sure, memang sokongan dari pasangan amat PENTING)
31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
33. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.
34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca. (so, tak payah berangan la dia Aaron aziz kalau korang bukan lisa surihani ek)
35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan. (common sense la, semua lelaki macam nie)
36. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.
37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.
Sumber : Internet & my Experience ©

Leave a Comment

Filed under Nukilan Hati, Umum

cerita lunch!

Bila sampai masa, kita akan rasa sendiri bagaimana rasa diketepikan. Berjam-jam menunggu, tapi orang lain yang tiba-tiba datang, terus ambik tempat yang kita harapkan. Memang sakit hati, tapi aku ingat pesan mak aku, jangan bergaduh dengan orang bodoh, mereka tidak dapat belajar sebab azali mereka malas. Jadi tahap pemikiran mereka hanya sekadar pembantu sampai tua.

Posted with WordPress for BlackBerry.

2 Comments

Filed under Nukilan Hati

Adam Adli & 901

Kebelakangan ini, banyak benda yang berjaya mencuri tumpuan aku. Mungkin suasana dan cuaca yang semakin panas di Malaysia ketika ini, membuatkan benda-benda yang berlaku semakin menarik untuk diikuti & diamati.

Kes Adam Adli, seorang anak muda yang sedang menuntut di UPSI & bakal muncul sebagai pendidik. Aku baca banyak blog² & laporan dari akhbar² alternative berkenaan tindakan budak muda ini yang dikatakan sangat provokatif!. Budak muda ini anggota satu pertubuhan, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Anak muda ini terlibat dalam satu perhimpunan aman yang dianjurkan oleh SMM bertujuan menyampaikan memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi. Resolusi agar Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) dihapuskan & mahasiswa dibenarkan dalam berpolitik. Dalam kesungguhan & keberanian menyampaikan tujuan mereka, anak muda ini dengan beraninya menurunkan bendera pengerusi UMNO, Najib dan menggantikannya dengan bendera perjuangan mereka selama 5 minit. Tindakan ini yang dikatakan provokatif. Tindakan ini yang meyebabkan anak muda ini hampir ditumbuk oleh seorang SB. Tindakan ini juga banyak mengundang komen & artikel bodoh tulisan penchacai. Dan, disebabkan tindakan ini juga, beliau digantung oleh UPSI selama 3 penggal. AUKU – menyekat pemikiran mahasiswa. Jika anak muda yang bijak pandai ini tak diberi pendedahan politik, kita nak bergantung kepada siapa? Junkies? Maaf akau kata, terlalu bodoh kalau mengatakan peristiwa ini sebagai punca atau alasan mahasiswa tidak dibenarkan berpolitik. Sebaliknya, peristiwa ini membuka mata pemimpin negara, ada golongan muda yang sedia memikul tugas memimpin yang mereka telah gagal laksanakan sehingga kini.

Pilihan kita ada dua jer, anak muda yang bergelar mahasiswa @ penagih dadah. Kalau nak pemimpin yang berpelajaran, kita kena bagi ruang kepada mahasiswa bersuara. Kalau tak, teruskan AUKU. InshaAllah, jangan terkejut kalau PM kita satu hari nanti, kaki ganja, syabu! Opsss.. mungkin aku terlupa, sebab sepanjang pengetahuan aku, kat luar negara ada juga pertubuhan mahasiswa yang bergiat aktif dalam kelab UMNO luar negara. So, AUKU hanya untuk mahasiswa dalam negara? @ lebih tepat lagi, mahasiswa yang menentang penyelewengan kerajaan sedia ada? Adil sungguh kan?

Satu lagi isu penting, perhimpunan 901. Perhimpunan yang dirancang dihadapan mahkamah jalan duta. Perhimpunan tersebut dikatakan sebagai medium untuk menjana kekecohan jika DSAI dijatuhkan hukuman bersalah atas tuduhan (FITNAH) meliwat Sayfool Bukhari. Tapi kalau difikirkan logik akal manusia yang waras, perhimpunan tersebut bukan kerana DSAI, tapi kerana rakyat mahu memberikan mesej yang jelas kepada pemerintahan negara agar tidak campur tangan dalam urusan mahkamah. Institusi kehakiman negara kita kini bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Konspirasi pemecatan Tun Salleh Abas, Kes video Lingam & kredibiliti hakim sendiri yang agak tercalar dengan pelbagai masalah membuatkan institusi kehakiman negara kita tidak ubah seperti gelanggang sarkas. Rakyat dimomokkan dengan alasan yang memuakkan dari menteri yang bertanggungjawab. Kalau untuk menipu orang kampung, orang pedalaman & tentu sekali orang FELDA yang memang kurang bijak, alasan menteri itu boleh diterima sepenuhnya. Tapi bagi golongan muda yang terdedah dengan perkembangan internet, golongan profesional yang mengkaji setiap perkara berkenaan permasalahan tersebut, alasan sang menteri itu seolah-olah tangisan anak kecil yang terberak dalam seluar.

Perhimpunan berlangsung secara aman. Tapi yang pelik sikit, ada bom meletup. Bukan perkara biasa, ini drama baru dalam malaysia. Kejadian bom nie sinonim dengan satu kes. Pembunuhan seorang model & rakyat Mongolia, Altantuya Shariibuu. Dia dibunuh dan dibom dengan C4. Tapi kali ini bukan C4 yang digunakan, sebaliknya bom buatan sendiri yang diletupkan menggunakan jangka masa yang telah ditetapkan. Bom itu tidak dibuat untuk membunuh, tapi sekadar untuk mencederakan. Bom itu untuk menimbulkan suasana kecoh dan aktiviti membelasah rakyat mudah dilaksanakan atas sebab. Tapi keputusan mahkamah membebas dan melepaskan DSAI meyebabkan drama bom tersebut jadi kurang kick , kurang menarik untuk diulas. Cuma yang aku pelik, kenapa diletakan dalam kon POLIS?? Sejak bila kon-kon itu diletakkan dikawasan tersebut? Siapa yang meletakkan kon² tersebut? Bagaimana pelaku boleh mendapatkan akses ke kon tersebut dengan mudah?? Berapa lama jangka masa yang ditetapkan sebelum bom tersebut meletup?? Drama tanpa pengarah cepat membuatkan kita bosan. Jadi POLIS perlu menyiasat secepat mungkin dalang terbabit dalam drama baru ini. Kredibiliti polis diletakkan sebagai pertaruhan sekarang.

Dalang drama tersebut perlu didedahkan kepada umum, perlu dihebahkan ke seluruh dunia. Perlu ada kambing hitam yang mudah disembelih. Perkara seperti ini tidak boleh didiamkan!

Cuma yang aku paling kagum, bila jadi drama macam ini, manusia terus berubah. Dari bijak, menjadi sebangang-bangang manusia yang pernah hidup di muka bumi ini. Maha Besar kuasa Allah SWT, memperlihatkan belang kebodohan manusia ketika memberi pendapat berkenaan drama tersebut. Manusia yang hebat memberi pandangan, akhirnya tertewas dalam ayat sendiri.

Makin sedih bila tengok orang yang berilmu semakin bodoh dek kerana tamakkan kuasa dan sayangkan jawatan dunia. Kalau sudah pilih matlamat yang berkiblatkan kemewahan dunia, jadi ilmu yang ada dah jadi sampah. Sayang. Tolonglah, muhasabah diri, lihat dimana kita dikutip dulu, lihat betapa teruk dunia yang kita pilih sekarang, dan cuba cari kembali sinar keimanan yang pernah Allah SWT anugerahkan kepada kita. InsyaAllah, kita akan kembali ke landasan yang betul.

~16/01 -  1.20am~

Leave a Comment

Filed under Politik

Tangga bergerak diperlukan~

Malam semalam, ader kawan tanya,”Dengar cerita, bik mama kena BOO semalam masa nak bagi hadiah final badminton single lelaki, tul ke?” Haha.. Yes! Memang gamat der dia kena boo sebab aku ada dalam stadium tue semalam.. Haha.. Cuma 1 aku nak pesan kat penganjur, len kali tempat VIP kena wat rendah sikit, sian aku tengok dia nak turun semalam.. Seksa dowh! Haha.. Mohon buat eskalator untuk penaung ok.. Haha!

Posted with WordPress for BlackBerry.

Leave a Comment

Filed under Nukilan Hati

Surat Cinta Seorang Ayah~

Aku copy jer surat neh dari mana pun aku lupa..hahaha..tapi kredit pada penulis asal surat nie la :)

tapi memang bernas la surat ayah dia tue :)

enjoy reading guys~

 

 

Kepada Bf anak aku,

Peraturan 1:

Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok honhon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2:

Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3:

Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa berdating ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4:

Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks selamat yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5:

Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma:  Awal.

Peraturan 6:

Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7:

Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8:

Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9:

Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10:

Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas saya datang antar anak pakcik. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian,

Yg PERLU KAU takuti,
Bapak Kepada Gf ko.

 

 

Leave a Comment

Filed under Umum

keliru

Dalam menempuh halangan dan rintangan kehidupan ini,
kadangkala,
sebagai manusia yang terlalu jahil dengan ilmu,
aku melatah.

Pelik,
sebab semakin aku rasa aku kuat dan hampir menggapai sesuatu,
sebaliknya terjadi,
aku makin jauh, jatuh dan hampir lenyap.

Hebat,
Ujian yang Allah SWT berikan,
mujur aku belum sempat mendabik dada,
belum terlisan kata bongkak seorang lelaki,
atas sekelumit kejayaan yang pernah aku miliki.

Hari ini,
aku bangun,
kembali tersedar dari angan-angan,
bagai terpempan dengan realiti,
dunia ibarat satu permainan,
tanpa undang-undang.

Keliru,
tiada istilah mampu menafsir,
kala menang dan tewas datang seiring,
kadang kita menang bila kita tertewas,
kadang kita tertewas dalam kemenangan.

Diam – sunyi – bersujudlah~

Leave a Comment

Filed under Nukilan Hati

Kerna kau Isteriku~

Dalam hal dengan suami isteri ni, aku sebenarnya malas nak ambil port. Masalah rumahtangga masing² kan? Tapi aku nak membebel gak pasal benda nie. Sebab aku rasa aku perlu bebel gak!

Aku tak kisah ko nak tegur isteri ko.
Nak mengajar,
Nak memdidik,
Nak membimbing, BAGUS semua tue.
Tapi ko tak payah la nak buat semua tue depan sahabat² ko, BANGANG!

Ko rasa bangga ke orang lain dengar ko sound isteri ko macam tue?
Ko ada hati perut kan? Ada perasaan kan? So ko rasa isteri ko takder perasaan ke?
Ko ingat orang rasa ko hebat ke ko buat macam tu?
Ko rasa sahabat² ko hormat ko kalau ko buat macam tu?
Serius la aku cakap, orang pandang ko macam

SUAMI BANGANG YANG TAKDE ILMU AGAMA!

Ko faham tak frasa atas tu?
Sebagai sahabat, aku rasa aku patut tegur ko, tapi rasanya cara penulisan aku nie lagi sesuai nak menegur ko, sebab ko pun jenis  BANGSAT.  Kalau berdepan, naya jer aku terajang ko 2,3 kali.
Ko tu lagi tau dari aku, lagi berilmu dari aku, ko ajar aku pasal Dhuha, aku sangat hargai.
Tapi dalam ilmu Munakahat ni & adab Islam ni, ko terlalu budak² lagi.

Aku tak kahwin lagi, tapi aku cuba belajar sebab aku taknak jadi macam ko, JAHIL!

Ko Suami,
Ketua keluarga,
Imam,
Nakhoda,
Kapten rumahtangga,
Semua berkaitan ketua & kepimpinan la.

So ko kena faham la, dalam memimpin ni, kena la berhikmah.
Menengking, meninggikan suara malah pukul pun boleh,
TAPI, biar kena dengan tempat dan cara yang telah disyariatkan Islam.
Biar teguran yang ko buat tu meninggalkan kesan di hati isteri ko,
Bukan tinggalkan lebam² atau perasaan sakit hati, marah, memberontak!

Ketua yang HEBAT adalah ketua yang DIHORMATI bukan DITAKUTI.
Lagi satu, ko jangan ingat ko tu suami, sesuka hati ko je ko nak buat apa,
Nabi tak pernah ajar macam tu!
Ko tak akan mampu membina empayar keluarga yang bahagia dengan ketakutan.

Ko jangan mendabik dada,
Angkuh dengan kata,
“ kalau aku tak kawen dengan dia, sapa pun taknak!”

Hoi mangkuk! Dia tu jodoh ko.
Ko dah lupa ke janji ko dengan Tuhan ko?

Isteri tu amanah,
Tanggungjawab,
Kalau ko rasa ko tak mampu pikul,
Kejadah apa ko gi meminang dia?
Ko pun tempang gak tanpa dia,
Sebab kalau bukan dia,
Sapa pun tak pandang ko,

Jangan mendabik dada bro!

Aku dah malas nak membebel banyak² la, bos aku bagi 10 minit jer untuk aku update blog neh.

Ko balik rumah hari ni,
Ko pandang mata isteri ko,
Ko pegang tangan dia,
Dengan rendah diri,
Ikhlas hati, buang ego sekejap,
Ko cuba tanya dia sejujurnya,

“sayang bahagia tak dengan abang selama ni?”

Aku yakin dan pasti,
Tak kira berapa kali ko keji dia selama ni,
Tak kira susah macam mana pun hidup dengan ko selama ni,
Tak kira banyak mana airmata malu dia tumpah sebab ko tengking dia depan sahabat² ko,
Tak kira sakit yang dia tanggung masa lahirkan zuriat ko,
Tak kira banyak mana pengorbanan yang dia buat dan ko tak pernah hargai pun,
Tak kira penat selama melayan karenah ko,
Tak kira penat melayan zuriat ko,
Dia pasti jawab,

“sayang bahagia dan bertuah sangat² dapat merasa kasih sayang abang”

Serius bro, isteri ni tak minta lebih dari apa yang ko mampu,
Ko fikir la balik,
Ko cuba belajar jadi SUAMI,
Ko cuba belajar menCINTAI isteri ko, bukan pompuan lain!
Dia akan tetap berdoa untuk ko
Sebab ko tempat dia bergantung, dunia akhirat.

Aku minta maaf kalau tulisan aku agak menyakitkan hati ko,
Tapi spesies BANGANG macam ko, memang perlukan teguran macam ni.
Tolongla, hargai ISTERI ko!
Baru ko belajar hormat sahabat² ko,
Lepas tu, baru minat dan hobi ko yang BANGSAT tu!

3 Comments

Filed under Nukilan Hati, RenUngAn